Tuesday, 6 February 2018

SUMBER RUJUKAN


  1. http://lazzybunny.wordpress.com
  2. https://id.wikihow.com/Membersihkan-Kandang-Kelinci
  3. addienblog.blogspot.com/.../adab-dan-akhlak-terhadap-haiwan.htm...
  4. darkblood.blogspot.my
  5. pakmawan.blogspot.my

KESIMPULAN

Kita sebagai umat Islam telah diajar tentang adab adab untuk menjaga atau menguruskan binatang. Sebagaimana baginda menyanyangi haiwan. Oleh itu, kita seharusnya menguruskan haiwan peliharaan kita dengan sebaik mungkin supaya tidak ada kecelaan yang berlaku terhadap haiwan kerana Allah sangat murka kepada orang yang menganaiyai binatang. Dengan sedikit sebanyak yang kami kongsi ini dapat membantu anda dalam menguruskan haiwan peliharaan terutamanya Arnab,
PENGENALAN


Assalammualaikum. Kami pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah daripada semester 2 . Ahli kumpulan kami ialah Vanida Natasha Tan Binti Redzwan Tan (16DPR17F1090) , Nurdini Binti Omar (16DPR17F1020) dan Nur Afiqah Binti Muhamad Azmi 16DPR17F1005). Nama pensyarah kami ialah Nurul Asma Binti Effendi. Blog ini menceritakan tentang Pengurusan Penternakan Arnab. Semoga isi di dalam blog dapat membantu anda dalam mengguruskan arnab.

Sunday, 4 February 2018

Adab bersama Arnab

Haiwaan atau binatang merupakan makhluk Allah yang diciptakan bagi melengkapi kehidupan manusia. Melaluimya manusia mendapat pelbagai manfaat dan kebaikkan. Binatang yang diciptakan Allah begitu banyak jenis dan spesisnya. Ada yang hidup didarat, ada di lautan bahkan ada hidup dikedua duanya. Binatang juga makhluk Allah yang diberikan nyawa dan mempunyai perasaan, hanya saja ia tidak memiliki akal fikiran seperti manusia yang diciptakan menjadi khalifa Allah SWT di muka bumi. Begitulah juga adab untuk menjaga arnab. Kita hendaklah menjaga adab bersama binatang supaya kita tidak sikap menganaiyai binatang.



Adab-adab bersama arnab :

  • Memberinya makan dan minum apabila arnab itu lapar dan haus, kerana Rasulullah s.a.w bersabda :

"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)" (Riwayat Bukhari no. 2363)

"Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani" (Riwayat Bukhari no.5997, Muslim no. 2318)


ارحموا من فى الاض ير حمكم من فى السماء

"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" (Riwayat At-Tirmizi no.1924)



  • Menyayangi dan kasih sayang arnab, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w ketika para sahabatnya menjadikan burung sebagai sasaran memanah.


    لعن الله من اتخذ شيئا فيه روح غر ضا

    "Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran" (Riwayat Bukhari no. 5515, Muslim no.1958, Ahmad no. 6223)

    Beliau juga telah melarang mengurung atau mengikat binatang ternak untuk dibunuh dengan dipanah/ditombak dan sejenisnya, dan karena beliau juga telah bersabda.

    "Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini karena anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Beliau mengatakan hal tersebut setelah beliau melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (Riwayat Abu Daud : 2675 dengan sanad sahih)

  • Tidak menyeksanya dengan cara penyeksaan apapun, atau dengan membuatnya kelaparan, memukulinya, membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksanya atau membakarnya, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : 

    "Seorang perempuan masuk neraka karena seekor kucing yang ia kurung hingga mati, maka dari itu ia masuk neraka karena kucing tersebut, disebabkan ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat ia mengurungnya, dan tidak pula ia membiarkannya memakan serangga di bumi" (Riwayat Bukhari no.3482)

    Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.


    انه لاينبغى أن يعذ ب بالنار الا رب النار

    "Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" (Riwayat Abu Daud no.2675)

  • Tidak boleh sibuk mengurus arnab hingga lupa taat dan zikir kepada Allah. Sebab Allah telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" (Al-Munafiqun : 9)

Rasulullah s.a.w pun telah bersabda berkenaan dengan kuda : "Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan. Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya. Kuda yang diikat oleh seseorang karena ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah s.w.t pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya. Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang karena kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya" (Riwayat Al-Bukhari no. 2371)

Itulah antara adab atau etika yang selalu dipelihara oleh seorang muslim terhadap hewan karena taat kepada Allah dan Rasulnya, sebagai pengamalan terhadap ajaran yang diperintahkan oleh syari'at Islam, syari'at yang penuh rahmat, sayari'at yang serat dengan kebaikan bagi segenap makhluk, manusia ataupun haiwan.




Penjagaan Kesihatan terhadap Arnab

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN ARNAB🐇


1. Sentiasa melihat keadaan arnab dari semasa ke semasa.

2.Harus memeriksa mata arnab supaya tidak menjadi merah.

3.Arnab harus dikemas kuku kakinya agar kesihatan dan kecantikannya kekal terpelihara.

4.Bulu arnab hendaklah tidak kerap disikat kerana bulunya mudah gugur.

5.Arnab juga perlu dibawa ke klinik haiwan setiap bulan bagi memastikan tiada jangkitan yang berlaku.

6.Sekiranya terdapat kotoran pada badan arnab hendaklah di basuh kotoran tersebut.

7.Arnab tidak boleh dimandikan dengan kerap kerana arnab akan menjadi  'Stress'


Saturday, 3 February 2018

Pemakanan Arnab yang sesuai

Pemakanan Arnab 🐇💚





  • Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yg berjadual 
  • Diet arnab seharusnya mengandungi protein , kanji , vitamin , mineral dan karbohidrat .
  • Makanan yg diberikan kepada arnab mestilah diketahui keseimbangan dan boleh dihadam dengan cepat .
  • Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yg banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu .
  • Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati .
Jenis makanan 
  1.  Sayuran yang sesuai untuk arnab adalah seperti dibawah .
:- Brokoli
:- Carrot/Daun Carrot
:- Salad (sangat baik kerana mengandungi banyak kalsium)
:- Bayam ( bagi sedikit sahaja kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi )


  • Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan .
:- Epal 
:- Blueberi
:- Betik
:- Tembikai
:- Mangga
:- Tomato 
:- Strawberi 
:- Nanas
:- Pic 
:- Raspberi

Cara membersih kandang arnab

CARA MEMBERSIHKAN KANDANG ARNAB

LANGKAH 1
  

Pastikan kandang arnab anda sentiasa bersih. Cuci kandang sekurangnya kurangnya 2 kali seminggu untuk memastikan arnab dalam keadaan bersih dan selesa.


LANGKAH 2

Keluarkan arnab daripada sangkar dahulu supaya kerja mencuci dapat dijalankan dengan mudah. Letakkan arnab di tempat sementara bersama makanan dan minumannya.
  

LANGKAH 3




Keluarkan barang barang yang ada di dalam kandang arnab seperti bekas makanan dan sebagainya.



LANGKAH 4




Memastikan kandang arnab dalam keadaan selamat. Contohnya, menggantikkan dawai yang sudah rosak dengan dawai yang baru.



LANGKAH 5



Cuci kandang dengan betul supaya kotoran dapat dikeluarkan.


LANGKAH 6





Keringkan kandang di bawah sinar matahari. Sinar matahari akan mengeringkan kandang lebih cepat. Ini adalah langkah yang penting jika Anda menggunakan pemutih untuk membersihkan kandang.


LANGKAH 7



Setelah selesai mencucikan kandang arnab, letakkan semula arnab di dalam kandang berserta makanan dan minumannya.

sangkar yang bersesuaian untuk si arnab

CONTOH SANGKAR UNTUK ARNAB SI COMEL💗



SANGKAR YANG BIASA💛



SANGKAR BERBENTUK RUMAH💚



SANGKAR YANG BERSAIZ BESAR💜


SANGKAR BERTINGKAT💙







Trivia Arnab

TRIVIA ARNAB

#UNTUK PENGETAHUAN ASAS 

  •  Arnab amat gemar mengunyah , jadi sediakan bahan untuk mereka mengunyah seperti potongan blok kayu , (atau mereka akan menguyah harta benda anda.
  • Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong , mereka lebih selesa duduk  disisi anda di atas lantai dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda .
  • Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas ( Toilet Tray ) untuk arnab tentunya.
  • Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti pemangsa , kabel eletrik telefon , racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.
  • Arnab akan menghasilkan bunyi 'purr' seperti kucing bila gembira dan senang hati .
  • Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun , dan mungkin lebih lama.
  • Arnab adalah teman yang baik dirumah.
  • Arnab amat sukakan permainan , kotak kad board , plastik berwarna  dan bola berloceng   adalah antara permainan digemari .

SUMBER RUJUKAN http://lazzybunny.wordpress.com https://id.wikihow.com/Membersihkan-Kandang-Kelinci addienblog.blogspot.com/.../ad...